Cikgu Eina

Berasal dari Utara Semenanjung. Berumur 27 tahun dan menyumbangkan khidmat sebagai seorang guru di Kuala Lumpur. Walaupun jauh dari kampung halaman, namun tekad dan minat menjadi seorang guru menjadi pendorong utama. Nama penuh Mazlina bt. Mohd Ajanan. Pernah berkhidmat di SMK Seri Rampai selama 3 tahun bermula tahun 2008-2010. Subjek yang pernah diajar ialah Sejarah, Matematik, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Pendidkan Seni. Pada tahun 2011, dipindahkan ke SMK Tinggi Setapak. Mengajar subjek Bahasa Melayu, Geografi dan Pendidikan Moral. kini menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris selama setahun.

Prinsip hidup “Jangan Malu Untuk Belajar Perkara Baru Yang Kita Tidak Tahu”…Belajar dan Terus Belajar…seorang manusia tidak akan sempurna maka janganlah kita membezakan seseorang kerana Allah melahirkan setiap insan ada kelebihan dan keburukan masing-masing…

Guru merupakan nadi dalam pembentukan pelajar. Baik buruk seseorang pelajar menggambarkan tahap kejayaan seorang guru. Anak didik yang telah diamanahkan kepada seorang guru perlu dipikul sebaik mungkin dalam menyumbang kudrat dan ilmu dalam memastikan anak didiknya berjaya.

Tidak usah dihebohkan kejayaan seorang guru tapi apa yang menjadi matlamat seorang guru adalah memastikan anak didiknya memperoleh ilmu yang berguna sebanyak mungkin dan berjaya menjadi insan yang berjaya dalam akademik dan sahsiah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s