Penyalahgunaan Bahan

Penyalahgunaan bahan sering berlaku di kalangan remaja. Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin, ubat batuk dan dadah. Menyalahgunaan bahan bermaksud menggunakan bahan-bahan yang boleh dijadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya.

Perbuatan penyalahgunaan bahan adalah salah dari segi agama danundang-undang. Bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Keadaan ini boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Bahan yang sering disalahgunakan oleh golongan remaja ialah dadah. Isu penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama kepada negara.

Penyalahgunaan dadah dalam sukan

Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.
Dadah yang diharamkan oleh IOCDiantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970an adalah perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan ‘over-the counter’ untuk pelbagai rawatan. Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilan kafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawan kopi pekat.Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskan pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagi keadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak mendatangkan sebarang manfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.

Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid anabolik. Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat dari pengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit. Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia. Perkara ini telah membuka peIbagai peluang penyeIidikan kerana penganalisaan dadah sintetik semakin  rumit dan segi spesifisiti dan sensitiviti manakala pengesanan hormon steroid seperti testosterone, DHT (dihydrotestosterone) dan DHEA (Dehydroepiandrosterone) memerlukan interpretasi yang begitu cermat kerana mereka juga merupakan hormon yang terdapat semuIajadi dalam badan manusia. OIeh yang demikian pelbagai kriteria teIah dibangunkan bagi memutuskan urin yang positif. Suatu parameter yang dinilai adalah nisbah testosterone (T) kepada epitestosterone (E), suatu hormon berkaitan tetapi tidak menghasilkan sebarang kesan. Penggunaan testosterone akan mengubah paras T dan tidak menjejas paras E. Perkara ini mengujudkan T:E yang tinggi; malah urin yang menunjukkan T:E melebihi 6 akan disiasat dengan lebih mendalam. Penganalisaan semula akan dilakukan ke atas urin yang dikumpul semula dan atlit yang sama apabila angka ini jatuh diantara 6 dan 10. Tindakan ini adalah bagi mempastikan atlit benar-benar menggunakan testosterone kerana terdapat juga individu-individu tertentu secara semulajadi mempunyai T:E yang tinggi. Terdapat juga  pengesanan paras epitestosterone yang tidak munasabah sehinggakan jumlah E lima kali Iebih tinggi daripada T di dalam urin. Epitestosterone dikategorikan sebagai agen ‘masking’  kerana penggunaannya oleh atlit adalah untuk menstabilkan T:E kepada paras normal apabila menggunakan testostorone secara haram.

Sementara nisbah ini lebih kurang 1:1 dalam manusia biasa, terdapat juga perbezaan mengikut kumpulan etnik dan individu. Pengesanan testosterone yang tinggi tidak mudah diberi kepastian positif oleh kerana testosterone yang diambil secara eksogenous tidak mudah dibezakan daripada testosterone semulajadi endogenous. Saintis dalam bidang analisis doping sedang menyelesaikan isu ini melalui penentuan isotop stabil karbon, 12C dan 13C dalam testosterone. Ini adalah berdasarkan nisbah 12C : 13C  dalam testosterone eksogenous jauh berbeza daripada testosterone semulajadi. Nisbah ini pula bergantung kepada diet masing-masing. Penentuan ini hanya dapat dilaksanakan melalul suatu teknik yang menggunakan alat Gas Chromatograph Isotope Ratio Mass Spectrometer, suatu alat yang memberi ‘fingerprint’ kepada bahan kimia melalui kandungan isotopnya.

Selain parameter yang dikesan melalui penganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhan rambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yang semakin kasar.

Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila program kawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandingan penggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan. Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan mengesan paras sekecil ini dituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik seperti ‘tandem mass spectrometry’ (MS/MS) atau ‘high resolution mass spectrometry’ (HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpa berkompromikan spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu rendah dapat dilaksanakan. Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah kecil steroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal.

Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadi pilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelang pertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion). Selain itu mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepada bidang sukan yang menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkat berat misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yang lebih rendah.

Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senarai ini termasuk jenis yang sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hingga yang jarang digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.

Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormon peptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) dan hormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan ini dapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah. OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampel urin, EPO dan hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masih terhad kepada teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay) yang boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian ‘evidentiaI’ yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah. Kaedah EIA dan RIA mungkin selektif atau spesifik tetapi satu kaedah sahaja tidak memberi tahap diskriminasi yang dituntut seperti dengan menggunakan mass spektrometri. Sementara penggunaan EPO dan hGH nyata mempunyai sebab-sebab tertentu, hCG biasanya mula diambil setelah tamat regimen steroid untuk merangsang semula hasilan testosterone endogenous. Beberapa jenis EPO sintetik didapati di pasaran dengan hasilan kesannya sama seperti peningkatan hasilan sel darah merah ke tahap 5-10 kali ganda kadar normal. Malangnya, dengan jumlah sel merah yang melambung tinggi, darah menjadi likat sehingga jantung seseorang boleh terhenti dalam kepenatan bertanding. Penyelidik percaya EPO telah menyebabkan 18 kematian di kalangan peIumba basikal Belanda dan Belgium sejak tahun 1987.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s